Monday, April 6, 2009

Sejarah Negara Kedah

Layarilah Halaman web ini لايريله هلامن ويب اين
untuk mengetahui sejarah sebenar اونتوق مڠتاهوي سجاره سبنر
Negara Islam Kedah (Qadah)
نڬارا اسلام قدح


Ahli-Ahli Berkerjasama Kesatuan Di Dalam Pendaftar.Com Yang Telah Berjaya Membina Halaman Web Mereka Hasil Dari Bantuan Dari T.A.J.A.M.A.S.com - Tabung Amal Jariah Alam Melayu Asli Sejagat :

Pendaftar.Info| TAJAMAS | Adat Istiadat |>Kesatuan>| Alim Ulama |Usahawan| Bijak Bistari |Penguam

Pendaftar.com- Mendaftarkan dan memberi ruang Halaman Gabungan Kita
Pendaftar.info- Maklumat Gabungan Kita
Tabung Amal Jariah Alam Melayu Asli Sejagat (TAJAMAS)
Adat Istiadat Syariat Melayu Bani Adam (AISMBA- Ilmu Hisab dan Ilmu Pengetahuan(Science) Sebenar demi mengesakan Allah swt.
Sejarah Bani Adam
Alim-Ulama Union World Wide - Kesatuan Alim-Ulama Se Dunia.
Satu Kesatuan Usahawan Satu Dunia
Intellectual Organization World Wide - Kesatuan Bijak Bistari Se Dunia
Urut Istimewa ( URUTIST)- Pertemuan Penawar HIV, Kayap dll.
Halal Suci - Petua Sucikan diri kita demi mengesakan Allah swt.
AsMou - Perjanjian Sefahaman MoU.
Multimedia Kampung Corridor-MKC- Penyatuan Ilmu Pengalaman Orang Kampung.
Utusan Melayu -Jawi- Celik Jawi Kembali -Hidup Jawi Hidup Melayu Bani Adam.
Satu KesatuanSatu Dunia-gabungkan perjuangan Kedamaian dan Keamanan Sejagat

http://www.sejarahnagarakedah.blogspot.com/

http://www.wasiatnabimuhammad.blogspot.com/

Bukti sejarah kedah di takluk oleh suku Thai bukan Siam


Daftar Ahli 1 KESATUAN 1 DUNIA atau menghemati mukadimahnya

Hendak Buat Halaman Maya ( WEB) sendiri belajar dengan mendaftarkan diri di halaman Maya Pendaftar.info boleh dapat hadiah percuma domain sendiri dan berbagai ilmu untuk mengukuhkan ikatan kesatuan kita bagi mengEsakan Allah S.W.T.


Hendak belajar rumi dan jawi dan juga undang-undang Kedah Tahun 222 Hijrah sila klik di bawah ini:-
http://rumidanjawi.blogspot.com/


دمان بومي دڤيجق
دسيتو لڠڬيت دجونجوڠ
دمان بودي يڠ بيجق
د سيتو دبڠكيت دان دسانجوڠ.

Di mana bumi dipijak
Di situ langgit dijunjung
Di mana budi yang bijak
Di situ dibangkit dan disanjung.

اينله كات٢ حكمة دان بركت
د بومي قدح يڠ بركت
هيدوڤ موافقة
برتمبه بركت.
Inilah kata-kata hikmat dan berkat
di bumi Kedah yang berkat
Hidup muafakat
bertambah berkat.


قدح برمقصود سورت واتيكه ملنتيق والي٢
Qadah atau Kedah bermaksud Surat Watikah Melantik Wali-wali
. خليفه الله سبحان وتعالى اونتوق كامانن دنيا سجاڬت
Khalifah Allah S.W.T.untuk keamanan Dunia Sejagat.
بومي بركة دان نڬارا بركة اداله نڬارا قدح.
Bumi barakah dan Negara barakah adalah Negara Kedah.
اينله كات الله دالمالقرءان يڠ منجادي ڤندومن ڤارا امبييا
Inilah Kata Allah Dalam Al Quran yang menjadi pendoman para ambiya
اونتوق مندكتكن ديريمريك كڤد كيت
untuk mendekatkan diri mereka kepada kita.
.
نادي نڬارا قدح اياله جلڤڠ ڤادي. كڬياتن ڤرتوكرن برس
Nadi Negara Kedah ialah Jelapang padi. Kegiatan pertukaran beras
سباڬايڬنتي مات واڠ اونتوق ڤرتوكرن ڤرداڬڠن
sebagai ganti mata wang untuk pertukaran perdagangan.
برساتوڽ كيت دڠن برباڬاي بڠسا دودوق سيرومڤون
Bersatunya kita dengan berbagai bangsa duduk serumpun
ماري دودوق دالم بهاس سيام ملايو
mari duduk dalam bahasa siam malayu
سباڬاي ملايوكن سموا بڠسا منجادي
sebagai melayukan semua bangsa menjadi
ساتو كتورونن يڠ تياد سياڤا يڠ بوليه ڤرتيكايكن
satu keturunan yang tiada siapa yang boleh pertikaikan
يعني كترونن آدم عليه السلام ساتو بڠسا بني آدم دان
yakni keterunan Adam a.s. satu bangsa Bani Adam dan
بربهاس ملايو اداله سباڬاي بهاس ڤرداڬڠن انتارا
berbahasa Melayu adalah sebagai bahasa perdagangan antara
بڠسا د مان بهاسڽ ممڤوڽاءي 80 ڤراتوس بهاس كلام
bangsa di mana bahasanya mempunyai 80 peratus bahasa kalam
الله بهاس دري شرڬ يڠ د توتور-كات اتاو ليسن اوليه
Allah bahasa dari syurga yang di tutur-kata atau lisan oleh
آدم عليه السلام تورون كبومي ممبياق مأنسي كتوروننڽ دان
Adam a.s. turun kebumi membiak manusia keturunannya dan
رسول دان نبي يڠ تراخيرنبي محمد صلى الله عليه وسلم دان
Rasul dan Nabi yang terakhir Nabi Muhamad s.a.w dan
القرءان دالم بهاس عرب اداله ڤيليهن تراخير اكن كلام اتاو
al Quran dalam bahasa Arab adalah pilihan terakhir akan
كات-كات الله مڠاجر كيت باڬايمانا ترتيب
kalam atau kata-kata Allah mengajar kita bagaimana tertib
دان ادب كيت سباڬاي همباڽ اونتوق مموهون سسواتو
dan adab kita sebagai hambaNya untuk memohon sesuatu
كڤرلوان كيت. ترتيب دان ادب اداله دري بهاس القرءان
keperluan kita. Tertib dan adab adalah dari bahasa al-Quran
مان كيت ملايوبردتوتور سام سباڬاي بهاس ڤرهوبوڠن
di mana kita melayu bertutur sama sebagai bahasa perhubungan
انتارا كيت برباڬاي ڤيهق تله منچروبوه دان
antara kita. Berbagai pihak telah menceroboh
.مروسقكن بهاس ڤرداڬڠن كيت
dan merosakkan bahasa perdagangan kita.
Pihak yang utama ialah Ilmu Bukan Lillahitaala Ilmu Syaitan
yakni ringkasannya I.B.L.I.S.adalah musuh kita
dan Syubahat Yang Amalannya Itu Tempah Api Neraka
yakni ringkasannya S.Y.A.I.T.A.N.
Sesiapa yang syubahatdengan Iblis maka ia jadi Syaitan.
Kita orang Melayu Islam sentiasa menuntut
Ilmu Selamat Lillahita'ala Amalan MakhlukNya
yakni ringkasannya I.S.L.A.M.
Inilah pegangan kita yang selamat di dunia dan akhirat.

Niat kita dalam lubuk jantung sunabari kita "Lillahita'ala" adalah esa dalam semua amalan yang akan kita lakukan untuk mendapat restu keredaan Allah S.W.T. Ia rukun pertama untuk sahkan sesuatu amalan kita. Tanpanya sia-sialah amalan kita. Sekiranya niat kita yang bukan Lillahita'ala adalah menyekutukan Allah maka kita patut dilaknat Allah S.W.T pada diri kita seperti Iblis dan Syaitan. Inilah kayu pengukur kita yang hidup di Negara Kedah Negara barakah atau berkat.

Qadah/kedah bermakna sebagai surat watikah atau surat kuasa untuk melantik Khalifah Islam sebagai wali pemerintah yang bukan sahaja menjadi wali akad nikah pada mana wanita yang tidak mempunyai wali, malah sebagai wali Allah S.W.T. untuk kesejahteraan manusia sejagat.

Di bawah ini ialah sebuah lagu yang melambangkan Negara Kedah dengan kegiatan Jelapang Padi sebagai Nadi kehidupan Islam untuk tatapan anda.



ڤادي-ڤادي دالم جلڤڠ ڤادي
Padi-padi Dalam Jelapang Padi
سنڠله ڤتاني سنڠله كيت لاڬي
Senanglah Petani Senanglah Kita Lagi
ڤادي-ڤادي تياد دالم جلڤڠ ڤادي
Padi-padi Tiada Dalam Jelapang Padi
.سوسهله ڤتاني سوسهله كيت لاڬي
Susahlah Petani Susahlah Kita Lagi
-
ڤتاني تانم ڤادي، ڤادي منجادي
Petani Tanam Padi, Padi Menjadi
سام-سامله كيت جاڬ ڤادي
Sama-samalah Kita Jaga Padi
دري هيجاو هيڠڬ ككونيڠن ڤادي
Dari Hijau Hingga Kekuningan Padi
.سمڤأيله ماسڽ كيت توايكن ڤادي
Sampailah Masanya Kita Tuaikan Padi.
-
راماي-راماي كيت توايكن ڤادي
Ramai-Ramai Kita Tuaikan Padi
ڤادي د سيمڤن دالم جلڤڠ ڤادي
Padi di Simpan Dalam Jelapang Padi
جاديله بكلن كيت ستياڤله هاري
Jadilah Bekalan Kita Setiaplah Hari
.سمڤأيله ك موسيم يڠ ساتو لاڬي
Sampailah Ke Musim Yang Satu Lagi.
-
ڤادي د تومبوق دان د تمڤي
Padi di Tumbuk dan di Tampi
بيلا برسيه برسله جادي
Bila Bersih Beraslah jadi
برس د ماسق جاديله ناسي
Beras Di Masak Jadilah Nasi
ناسيله ماكنن خصية كيت ستياڤ هاري
Nasilah Makanan Khasiat Kita Setiap hari
-

نيلين داتڠ جومڤا ڤتاني
Nelayan Datang Jumpa Petani
داڤتكن بكلن برس ايكن سباڬاي ڬنتي
Dapatkan Bekalan Beras Ikan sebagai Ganti
جيرن نياڬ داتڠ جومڤا ڤتاني
Jiran Niaga Datang Jumpa Petani
.برسله جوڬ سباڬاي ڬنتي
Beraslah Juga Sebagai Ganti
-
برس د امبيل سباڬاي ڬنتي
Beras Di Ambil Sebagai Ganti
ستياڤ بارڠن برتوكر سيليه برڬنتي
Setiap Barangan Bertukar Silih Berganti
دالم داڬڠن جوال دان بلي
Dalam Dagangan Jual dan Beli
.سام-سامله كيت مرداي
Sama-Samalah Kita Meredai.
-
تق ڤرلو واڠ برس سباڬاي ڬنتي
Tak Perlu Wang Beras Sebagai Ganti
جاديله داڬڠن دالم دان لوار نڬري
Jadilah Dagangan Dalam Dan Luar Negeri
ڤتاني سوده باڽق بربقتي
Petani Sudah banyak Berbakti
.جاديله مشحور د مرات نڬري
Jadilah Masyhor Di Merata Negeri.
-
جاس ڤتاني امت باڽق سكالي
Jasa Petani Amat Banyak Sekali
تركنڠله كيت سمڤأي ك هاري اين
Terkenanglah Kita Sampai Ke Hari Ini
بنتوله ڤتاني كيت مولا بربقتي
Bantulah Petani Kita Mula Berbakti
.مناءيقان نام اڬام راج سإيسي نڬري
Menaikan Nama Agama Raja Seisi Negeri
-
ڤادي-ڤادي دالم جلڤڠ ڤادي
Padi-padi Dalam Jelapang Padi
سنڠله ڤتاني سنڠله كيت لاڬي
Senanglah Petani Senanglah Kita Lagi
ڤادي-ڤادي تياد دالم جلڤڠ ڤادي
Padi-padi Tiada Dalam Jelapang Padi
.سوسهله ڤتاني سوسهله كيت لاڬي
Susahlah Petani Susahlah Kita Lagi.